AIMY AFRIN UR TAILOR merupakan syarikat milikan tunggal. Syarikat ini mengamalkan prinsip : Golden Rule - layanilah orang lain seperti mana anda ingin orang lain melayani anda. Mementingkan kualiti jahitan dan keselesaan si pemakai. AIMY AFRIN UR TAILOR tertumpu kepada bidang perkhidmatan jahitan dan keluaran jahitan. Pada tahun 2016, syarikat ini telah memulakan perniagaan ini secara kecil-kecilan di rumah dengan hanya menerima tempahan upah jahit baju sehingga berkembang ke peringkat online. Syarikat ini telah berjaya mengeluarkan pelbagai rekaan jenama pakaiannya sendiri iaitu AIMY AFRIN yang semestinya memenuhi kehendak pasaran semasa.
Buat masa ini syarikat masih menjahit pakaian tempahan di rumah. Urusniaga hanya dilakukan dikawasan setempat dan secara online melalui media sosial seperti Facebook dan Shoppe.
Kami percaya dengan pengalaman dan kemudahan yang ada kami dapat memberi perkhidmatan yang setanding dengan mana-mana syarikat dalam bidang ini. Semoga sokongan dan bimbingan yang diberikan oleh mana-mana pihak akan membantu memajukan lagi perniagaan kami dan seterusnya membantu meningkatkan ekonomi negara dalam mencapai wawasan sebuah negara yang maju dan berdaya saing dalam bidang perniagaan.
No comments:
Post a Comment